Sunday 21 April 2013

I'm back! Kawan.

Hi, assalammualaikum. Ini blog baru tau. Yang lama dah tak pakai. Haha macam orang tanya je kan. Okay tak tahu kenapa sejak dua menjak tiga menjak ni rasa macam nak berblogging balik. Haih rindu nak merepek lah kot. Haha okay harini nak story pasal KAWAN.

Let's start! Okay. Kadang-kadang hidup kita ni memang kena ada kawan. Tak kisah lah kawan tu sikit ke ramai ke atau pun hanya seorang. Kawan pula bukan yang jenis ada masa kita senang dan tinggalkan kita masa kita perlukan mereka. No! no! no! jangan cari kawan macam tu. Tapi cari kawan yang ada masa kita susah, senang,gembira, menangis, masuk air, or apa-apa jelah. Haha.

Ada sesetengah orang jenis suka luahkan perasaan sedih mereka dekat kawan-kawan berbanding luahkan dekat family kan. Haa tak salah nak luahkan tapi kena hati-hati. Pastikan kawan yang kita luahkan tu memang betul-betul boleh dipercayai. Takutlah nanti, awak luahkan dekat dia then esok lusa "luahan" awak tu tersebarkan. So, cari kawan yg betul-betul awak percaya.

Okay dari pengalaman hidup selama 18thn ni pulak, macam-macam jenis kawan yang aku jumpa. Ada yang baik. Alhamdulilah lah tapi ada yang asdfghjkl. Errr penumbuk nak? Hmm faham kan kawan yang "asdfghjkl" tu yang jenis macam mana? Haaa tak faham. Okay. Jap ey kita bagitahu.

Kawan yang jenis "asdfghjkl" ni jenis yang berkawan dengan kita sebab kita ada something, yang dia tak ada tapi dia nak. Haaaa aku tahu korang tak faham. Hahaha. Macam kawan yg suka ambil kesempatan lah. Lepas tu jenis kawan yang suka tikam belakang dan kawan makan kawan pun tergolong dalam kawan "asdfghjkl" jugak. Pelikkan, orang makan nasi, yang dia makan kawan dia. Hahahaha k. Tak lawak pun. Okay serius. Kalau kita ada kawan yang macam ni kan. Kita doakan semoga dia berubah dan takkan buat perkara yg sama dekat kawan yg lain. Alahai baiknya aku ni. Tolong jangan muntah. Hihihi. Cari kawan yang boleh bimbing kita kearah kebaikkan k.

Sebenarnya banyak lagi jenis kawan yg patut kita elak. Tapi dah lah. Panjang sangat post ni. Aku sendiri pun rasa malas nak baca. Lol. Tatata guys! :-)

p/s: sayang buddyz sangat-sangat (HFGSTZ) muaahhh :*